Oem Shoppe

Ruang niaga untuk disewa serendah RM250

Syarat-syarat sebagai vendor

1. Surat Perjanjian ini adalah untuk tempoh minima enam (6) bulan berkuatkuasa dari tarikh penerimaan produk syarikat anda atau sebaliknya, yang dipersetujui oleh HVSB dan syarikat anda.

2. Rakan kongsi tempatan harus menghantar barang tepat pada waktunya.Harga jualan mestilah disediakan 3 hari sebelum penghantaran untuk memudahkan pihak HVSB menyediakan kod bar.

3. HVSB akan mempromosikan dan memasarkan produk Syarikat anda seperti berikut :

Produk-produk kering

  • Gondola (10″ x 3′ x 7′) RM300.00 sebulan
  • End Gondola (14″ x 3′ x 7′) RM350.00 sebulan
  • Wall Gondola (12″ x 4′ x 7′) RM400.00 sebulan
  • Glass Shelves (0.3m x 1m) RM350.00 sebulan
  • Glass Shelves (0.3m x 13m) RM300.00 sebulan
  • Check-Out Counter Shelves RM350.00 sebulan

Produk-produk frozen & chiller

  • Freezer (2′ x 6′) RM400.00 sebulan
  • Chiller (2′ x 6′) RM400.00 sebulan
  • Island freezer (2′ x 1′ x 2′) RM250.00 sebulan

4. Syarikat anda adalah untuk menentukan harga jualan produk anda. Butiran akan dikemukakan kepada HVSB setelah pengesahan. Sebarang perubahan harga untuk kali yang kedua, yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 akan dikenakan. Peningkatan harga hanya dibenarkan untuk penghantaran seterusnya sahaja.

5. HVSB berhak caj 15% untuk yuran operasi dan pentadbiran dari Gross Turn Over (GTO) atau jumlah jualan tidak termasuk SST bagi produk anda yang dijual.

6. HVSB akan membuat pembayaran sebulan dua kali selewatnya pada setiap 20hb dan juga 5hb.

7. HVSB akan menyediakan laporan dan jualan untuk setiap produk pada setiap akhir bulan.

8. Semua stok harus diisi semula dalam masa 3 hari dari inventori sifar stok.

9. Terma dan syarat lain yang termaktub hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan semasa tempoh penyewaan.

  • WARGANEGARA MALAYSIA BERAGAMA ISLAM

  • BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS

  • BERDAFTAR DENGAN SSM

  • KEUTAMAAN KEPADA PRODUK JOHOR/SYARIKAT BERDAFTAR DI JOHOR
en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish